Naftali Bennett PM Israel

PEMIMPIN parti sayap kanan Yamina, Naftali Bennett mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu pada Ahad 13 Jun selepas memenangi undi percaya dengan 60 ahli Parlimen menyokong dan 59 menentang.

Pelantikan itu  menamatkan penguasaan 12 tahun Benjamin Netanyahu, antara pemimpin negara itu yang lama memegang jawatan berkenaan.

Bennett yang partinya hanya mempunyai tujuh kerusi Parlimen Israel, Knesset.

berjaya memecah rekod Netanyahu sebagai pemimpin Israel yang memegang jawatan itu selepas melalui empat pilihan raya dalam masa dua tahun.

Ini menjadikan Bennette satu-satunya perdana menteri yang dipilih ke jawatan itu dengan jumlah kerusi yang kecil.

Bennett dilantik melalui pembentukan kerajaan perikatan melalui perjanjian yang termeterai antara lapan parti politik.

Di bawah pelan kerajaan perikatan tersebut, Bennett akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, dan akan digantikan dengan pemimpin parti Yesh Atid, Yair Lapid pada tahun 2023.

Sebelum ini, Netanyahu pada 6 Jun mendakwa pakatan Israel yang baru ditubuhkan untuk menumbangkan beliau adalah kesan “penipuan pilihan raya paling besar” dalam sejarah demokrasi.

Beliau merujuk dakwaannya itu kepada janji kempen yang tidak ditepati oleh individu yang dijangka menggantikan beliau sebagai perdana menteri, Naftali Bennett.

Bennett berikrar tidak akan bekerjasama dengan parti-parti sayap kiri, tengah dan parti Arab tetapi pada 2 Jun mengumumkan bahawa beliau dan pemimpin pembangkang Yair Lapid sudahpun menubuhkan pakatan pemerintah dengan puak-puak dari pelbagai lingkungan politik.

“Kami sedang menyaksikan penipuan pilihan raya terbesar dalam sejarah negara ini, bahkan pada pendapat saya dalam sejarah mana-mana demokrasi,” tegas Netanyahu kepada para penggubal dasar parti sayap kanannya, parti Likud.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengucapkan tahniah kepada Bennette melalui panggilan telefon dan berharap dapat bekerjasama dengan perdana menteri yang baharu itu.

“Kedua-dua pemimpin juga bersetuju mereka akan duduk semeja untuk membincangkan mengenai banyak perkara melibatkan keselamatan serantau termasuk Iran,” kata White House dalam satu kenyataan.

Related posts

Leave a Comment