MRSM Muar tutup tujuh hari

JOHOR BAHRU 10 April – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam, selepas 30 pelajarnya didapati positif Covid-19.

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Menurut  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon , 11 pelajar terbabit disahkan positif Covid-19 melalui ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lalu.

Pada hari kelima, ujian saliva telah dilakukan ke atas semua pelajar dan keputusannya mendapati 19 lagi pelajar positif.

Semua pelajar yang positif itu sudah dikuarantin di tempat ditetapkan, malah pengasingan serta-merta juga dilakukan atas nasihat PKD Muar.

Related posts

Leave a Comment