TANJONG 1 Julai – Sahibus Samahah Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman memulakan tugas secara rasmi sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru pada hari ini, 1 Julai 2024.
Susulan itu sesi ta’aruf Dr. Mohd Sukki bersama warga Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) berlangsung pagi ini
Menurut catatan Facebook jabatan itu, Sahibus Samahah Mufti telah menyatakan hasrat untuk menerajui JMNPP dengan kasih sayang sebagai satu keluarga (teamwork) dalam mewujudkan suasana bekerja yang harmoni.
Dr Mohd Sukki, sebelum ini adalah Profesor Madya di Unit Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Anak kelahiran Pulau Pinang itu menggantikan mufti sebelum ini Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mohamad Abdul Hamid turut mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.
Mohamad berkata, Mohd Sukki adalah Pensyarah Kanan dan Profesor Madya di UPM yang diluluskan secara pinjaman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kerajaan Pulau Pinang.
Nnn
