44 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,983 orang, daripada 4.17 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Perak merekodkan 12 kematian termasuk 3 BID, Selangor 11 (3 BID), Johor 6 (1 BID), Sarawak 5, Pulau Pinang 3, Sabah 2, Kelantan 2, Terengganu 2 dan Negeri Sembilan 1.

Sementara itu, terdapat 206,854 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 201,420 individu atau 97.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 646 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,521 kes dirawat di hospital dan 267 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 164 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment