Kadar kebolehjangkitan 0.93

PUTRAJAYA 27 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik kepada 0.93 berbanding 0.92 kelmarin.

Tiga negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi,  dua menyamai kadar kebangsaan dan 10 lagi merekodkan kadar yang lebih rendah.

Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.08 berbanding 1.05 kelmarin diikuti Perak 0.97, Sarawak 0.94, manakala Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 0.93.

Negeri Sembilan merekodkan 0.89, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing mencatatkan kadar 0.87, Terengganu dan Johor masing-masing 0.83, Pahang 0.82, Kedah 0.80, Perlis 0.79, Wilayah Persekutuan Labuan 0.77, Kelantan 0.73 dan Sabah 0.64.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment