34 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 34 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,751 orang, daripada 4.09 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 242,287 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 235,596 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,159 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,430 di hospital dan 302 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 104 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 198 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment