Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 26 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik semula kepada 0.92 berbanding 0.91 kelmarin.

Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi,  manakala 11 lagi negeri merekodkan kadar yang lebih rendah.

Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.05 berbanding 1.06 kelmarin diikuti Perak 0.98, Sarawak 0.94, Melaka 0.94 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.93.

Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing mencatatkan kadar 0.89, Johor 0.85, Terengganu 0.84, Pahang 0.83, Kedah 0.81, Perlis 0.78, Wilayah Persekutuan Labuan 0.78, Kelantan 0.73 dan Sabah 0.63.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment