52 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 52 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 34,717 orang, daripada 4.07 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 15 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes diikuti Johor dan Kedah masing-masing lapan kes serta Pahang dan Perak masing-masing enam kes.


Sementara itu, terdapat 269,389 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada 
jumlah itu, 262,122 individu atau 97.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,266 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),  5,710 kes di hospital dan 291 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 188 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment