1,293,762 kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 26 Mac – Sebanyak 1,293,762 individu atau 36.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Sebanyak 11,107 kanak-kanak tampil mengambil suntikan itu semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,847,758 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2,944,865 atau 94.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 789 orang yang mendapatkan suntikan vaksin itu semalam.

Di samping itu, 19,170 lagi mengambil dos penggalak menjadikan sejumlah

15,595,578 individu atau 66.3 peratus populasi dewasa di dalam negara sudah menerima dos penggalak itu.

Sebanyak 22,947,925 atau 97.5 peratus lagi sudah lengkap vaksinasi manakala 23,224,065 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 33,034 dos vaksin sudah diberikan semalam melibatkan 12,567 suntikan pertama, 1,297 suntikan lengkap dan 19,170 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,642,700 dos.

Related posts

Leave a Comment