Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 16 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun kepada 0.95 berbanding 0.96 kelmarin dan 0.97 sebelumnya.

Tiga negeri merekodkan kadar lebih rendah manakala 13 negeri lain mencatatkan kadar lebih tinggi.

Perlis, Labuan dan Sabah mencatatkan kadar lebih rendah iaitu masing-masing 0.92, 0.81 dan 0.70.

Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.19 berbanding 1.21 kelmarin, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sama seperti sebelumnya 1.12, Terengganu 1.10 serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing 1.04.

Ini diikuti Perak 1.03, Pulau Pinang, Johor dan Melaka masing-masing 1.02, Selangor 1.01, Kedah dan Pahang 1.00 dan Kelantan 0.97.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment