15.3 juta ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 16 Mac – Sebanyak 15,357,069 individu dewasa atau 65.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, semalam 36,918 lagi individu dewasa tampil mendapatkan dos penggalak itu melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Di samping itu, sejumlah 22,937,707 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,213,875 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 16,423 lagi tampil mendapatkan vaksin menjadikan 1,197,667 atau 33.7 peratus kumpulan itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICK Kanak-Kanak (PICKids).

Sementara bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,839,254 melengkapkan vaksinasi setakat semalam, pertambahan 895 dos manakala 784 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 2,938,900 orang.

Semalam sebanyak 56,585 dos diberikan meliputi 17,939 dos pertama, 1,728 dos kedua dan 36,918 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 68,275,177.

Related posts

Leave a Comment