76 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Mac – Sebanyak 76 kematian akibat Covid-19 dilaporkan, setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,643 kes kematian sejak pandemik itu melanda negara.

Menurut laman sesawang COVIDNOW Kementerian Kesihatan, sebanyak 21 kes semalam membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kategori berkenaan kini mencecah 6,995 kes.

Kedah merekodkan kes kematian akibat Covid-19 tertinggi, semalam dengan 15 kematian, termasuk tiga kes BID.

Ia disusuli dengan Selangor dengan 14 kes, temasuk enam kes BID; Perak (10); lapan kematian di Johor, termasuk satu kes BID; masing-masing lima di Negeri Sembilan (satu kes BID) dan Sabah (kelima-limanya kes BID); Kuala Lumpur (empat, termasuk dua kes BID); masing-masing tiga kematian di Perlis dan Pulau Pinang (satu kes BID).

Empat negeri mencatatkan masing-masing dua kematian iaitu di Kelantan (dua kes BID), Melaka, Pahang dan Sarawak, manakala satu kes kematian dilaporkan di Terengganu.

Related posts

Leave a Comment