46,038 lagi ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 8 Mac – Sebanyak 46,038 lagi individu dewasa tampil mendapatkan dos penggalak semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari 2021.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 15,064,528 orang atau 64 peratus populasi dewasa mendapat suntikan ketiga itu.

Menurut data di laman web COVIDNOW, sepanjang semalam juga, 14,259 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICK Kanak-Kanak (PICKids).

Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan 1,041,733 atau 29.3 peratus daripada populasi kanak-kanak menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sementara itu, 836 remaja berusia 12 hingga 17 tahun ini melengkapkan vaksinasi mereka menjadikan jumlah keseluruhan 2,832,044 manakala 848 mendapat sekurang-kurang dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 2,932,526.

Bagi populasi dewasa, 930 lagi melengkapkan vaksinasi menjadikan jumlah keseluruhan 22,928,999 orang atau 97.5 peratus manakala 828 lagi mengambil dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 23,205,772 atau 98.7 peratus.

Sebanyak 63,739 dos vaksin diberikan semalam meliputi 15,935 dos pertama, 1,766  dos kedua dan 46,038 dos ketiga atau penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini 67,797,494.

Related posts

Leave a Comment