Kadar kebolehjangkitan kekal 1.05

PUTRAJAYA 6 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam kekal pada kadar 1.05 sama seperti kelmarin.

Lima negeri merekodkan kadar di bawah 1.05 manakala dua lagi sama 1.05 dan yang lain mengatasi kadar kebangsaan.

Sarawak terus mendahului dengan kekal pada kadar 1.38 berbanding 1.41 kelmarin diikuti Perak 1.24 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.22.

Ini diikuti Terengganu 1.14, Negeri Sembilan 1.12, Perlis 1.10, Pahang 1.08, Selangor 1.07 dan Pulau Pinang 1.06, Melaka 1.05 dan Kedah 1.05.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 1.02, Kelantan 0.99, Wilayah Persekutuan Labuan 0.98, Johor 0.97 dan Sabah 0.84

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment