37 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 32,347 orang, daripada 3.2 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 37 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 251,678 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 238,620 individu atau 94.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,287 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,524 kes di hospital dan 247 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 139 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment