423.9 juta kes global, 5.88 juta korban

DUNIA merekodkan lebih 423.9 juta kes positif Covid-19 dengan jumlah kematian meningkat kepada 5.88 juta orang.

Menurut data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 1.53 juta kes baharu  dalam tempoh 24 jam lepas manakala kematian bertambah sebanyak 8,348 kes.

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes, begitu juga dengan kematian yang melebihi 935,000 kes.

Ini diikuti India dengan 42 juta kes tetapi berada di kedudukan ketiga kematian selepas Brazil dengan merekodkan 511,000 orang.

Brazil merekodkan 28 juta kes dan 644,000 kematian.

Sementara itu Perancis merekodkan lebih 22 juta kes, United Kingdom melebihi 18 juta, Rusia dengan 15 juta kes, manakala Turki, Jerman, Itali dan Sepanyol berjumlah 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan jumlah kes tertinggi dengan lebih 4.9 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.2 juta, Thailand dengan 2.7 juta kes dan

Singapura melebihi 582,000 kes.

Rusia merekodkan lebih 338,000 kematian, Mexico lebih 315,000 kematian, manakala United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Indonesia turut mendahului angka kematian dengan lebih 145,000 kes, Filipina dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia 32,000 kes dan Thailand dengan lebih 22,000  kematian..

Related posts

Leave a Comment