Vietnam lulus Abdala tiga dos

VIETNAM meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 jenis Abdala yang dihasilkan di Cuba dan merupakan vaksin  kelapan yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Vietnam.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, kerajaan memaklumkan vaksin tersebut diluluskan bagi penggunaan kecemasan untuk mengawal penularan Covid-19.

Untuk rekod, Vietnam antara negara dalam kalangan Asia Tenggara yang mencatat kadar vaksinasi rendah, dengan hanya 6.3 peratus daripada 98 juta populasinya sudah menerima dua dos vaksin.

Vietnam mencatatkan jumlah kumulatif 667,650 kes positif Covid-19 dengan 16, 637 kematian setakat ini.

Kebanyakan kes baharu yang dilaporkan adalah akibat penularan varian Delta.

Pada Jun, Cuba mengumumkan penggunaan vaksin Abdala yang memerlukan tiga suntikan, dan menunjukkan 92.98 peratus keberkesanan terhadap Covid-19.

Related posts

Leave a Comment