Kadar kebolehjangkitan 1.32

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini terus menurun pada paras 1.32 semalam berbanding 1.33, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.96, diikuti Sarawak 1.56, Sabah 1.51, Pulau Pinang 1.41 dan Kedah 1.40.

Negeri lain iaitu Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mencatatkan 1.36, Perlis 1.35, Selangor 1.33, Kuala Lumpur dan Pahang 1.30, Johor 1.28, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.25, Perak 1.24 dan Melaka 1.21.

Related posts

Leave a Comment