97,975 kanak-kanak dapat dos pertama

PUTRAJAYA 11 Feb. – Sebanyak 97,975 atau 2.7 peratus daripada populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 18,515 dos diberikan untuk kumpulan kanak-kanak itu semalam, peningkatan berbanding 16,380 pada hari sebelumnya.

Sebanyak 555 lagi remaja mendapat suntikan dos kedua menjadikan jumlah 2,795,030 atau 88.8 peratus manakala 91.3 peratus atau 2,873,015 mendapat sekurang-kurangnya satu dos termasuk 915 individu semalam.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 98.0 peratus atau 22,935,622 telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2 peratus atau 23,211,391 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu, sebanyak 78.8 peratus atau 25,730,652 daripada populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi manakala 80.2 peratus atau 26,182,381 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu bagi dos penggalak, sebanyak 13,068,547 telah mendapat suntikan ketiga itu termasuk 137,912 dos yang diberikan semalam.

Secara keseluruhan sebanyak 160,193 dos diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 64,776,270 dos didaftarkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan.

Related posts

Leave a Comment