24 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 24 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,099 orang, daripada 2.97 juta kes yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 24 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakitmeninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 122,991 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 111,323 individu atau 90.5  peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,001 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,512 kes dirawat di hospital dan 75 di unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan bantuan pernafasan dan 80 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment