Kadar kebolehjangkitan Labuan 2.17

PUTRAJAYA 11 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara terus menunjukkan peningkatan dengan nilai 1.51 berbanding 1.47 pada hari sebelumnya.

Nilai Rt mengikut pecahan negeri menunjukkan empat negeri didahului Wilayah Persekutuan Labuan mengatasi kadar kebangsaan dengan merekodkan kadar tertinggi 2.17 berbanding sebelumnya 1.94 diikuti Sarawak 1.90 (1.84) manakala Sabah 1.68 (1.73) dan Perlis 1.55 (1.67).

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 1.45, Terengganu 1.42, Kedah 1.41, Pulau Pinang 1.39, Johor dan Kelantan masing-masing 1.36 dan Pahang 1.30.

Selangor pula mencatatkan 1.29, Negeri Sembilan 1.26, Perak 1.25, Melaka 1.24, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.23

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran, sekiranya kadar kebolehjangkitan melebihi 1.60, kes harian akan melepasi trajektori zon merah seperti yang dijangka.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!