79,393 kanak-kanak terima dos pertama

PUTRAJAYA 11 Feb. – Sebanyak 16,380 lagi kanak kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan 79,393 atau 2.2 peratus populasi kanak-kanak dalam peringkat umur itu telah menerima suntikan dos pertama vaksin sejak program itu dilancarkan pada 3 Februari lalu.

Melalui program itu, kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua. 

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 2,794,416 individu atau 88.8 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,872,087 individu atau 91.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak  22,934,496 individu atau 98 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,210,020 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 78.8 peratus atau 25,728,912 daripada populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi mereka manakala 80.1 peratus atau 26,161,500 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu seramai 12,926,703 individu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.. 

Sepanjang semalam, sebanyak 173,428 dos diberikan meliputi 18,343 dos pertama, 1,739 dos kedua dan 153,346 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,611,898 dos.

Related posts

Leave a Comment