405 juta kes, 5.78 juta kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melepasi 405 juta, berikutan pertambahan 2.9 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan jumlah kematian pula melebihi 5.78 juta orang.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 77 juta kes dan 914,000 kematian.

India merekodkan 42 juta kes dengan 506,000 kematian manakala Brazil mencatatkan 26 juta kes dengan angka kematian mengatasi India iaitu 635,000.

Negara yang melepasi angka 21 juta kes adalah Perancis manakala  United Kingdom, Turki, Rusia, Itali dan Jerman pula melepasi angka 11 juta, manakala Sepanyol 10 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.5 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 2.9 juta, Thailand dengan 2.5 juta dan Singapura melebihi 428,000 kes

Sementara itu Rusia merekodkan lebih 331,000 kes kematian, Mexico  lebih 310,000 kematian manakala United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian manakala Sepanyol merekodkan lebih 90,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka kematian dengan lebih 144,000 kes diikuti Filipina dengan lebih 54,000,  Malaysia 32,000 dan Thailand dengan lebih 22,000 kematian .

Related posts

Leave a Comment