10 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 11 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 10 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,075 orang, daripada 2.96 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, satu daripada 10 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 107,883 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 96,655 individu atau 89.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,751 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,319 dirawat di hospital dan 158 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 80 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 78 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment