Nilai Rt Labuan cecah 1.94

PUTRAJAYA 10 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara terus menunjukkan peningkatan dengan nilai 1.47 berbanding 1.39 pada hari sebelumnya.

Nilai Rt mengikut pecahan negeri menunjukkan empat negeri mengatasi 1.47 dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.94 diikuti Sarawak 1.84, Sabah 1.73 dan Perlis 1.67.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.46, Terengganu 1.42, Pulau Pinang 1.38, Kedah 1.37, Johor dan Kelantan masing-masing 1.31, dan Pahang 1.30.

Selangor pula merekodkan 1.27, Perak 1.25, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.22, Melaka 1.19, Negeri Sembilan 1.17.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment