Muhyiddin positif Covid-19

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin, disahkan positif Covid-19 hari ini.

Menerusi Facebooknya pagi ini, Muhyiddin berkata beliau disahkan positif selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Justeru, katanya, sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat dinasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya.

Related posts

Leave a Comment