Sembilan kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,043 orang, daripada 2.9 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua  kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 74,561 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 65,566 individu atau 87.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,695 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di mana 4,165 kes dirawat di hospital dan 135 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 81 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment