78.8 peratus populasi lengkap dua dos

PUTRAJAYA 8 Feb. – Sebanyak 78.8 peratus atau 25,723,208 individu bagi populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi mereka manakala 80.0 peratus atau 26,117,440 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 119,543 dos diberikan semalam yang meliputi 2,188 dos kedua, 9,321 dos pertama dan 108,034 dos penggalak.

Ini menjadikan sebanyak 64,108,866 dos telah didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu sebanyak 38.2 peratus atau 12,473,139 daripada populasi dewasa adalah penerima dos penggalak.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 98.0 peratus atau 22,930,943 telah mendapat dua dos suntikan Covid-19 manakala 99.2 peratus atau 23,206,202 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Setakat semalam juga, sebanyak 88.7 peratus atau 2,792,265 individu remaja telah melengkapkan vaksinasi dua dos manakala 91.2 peratus atau 2,869,845 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment