Dewasa Austria wajib ambil vaksin

VIENNA : Parlimen Austria pada Khamis meluluskan undang-undang mewajibkan golongan dewasa di negara itu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Ia merupakan mandat pertama dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU) dan akan dikuatkuasakan bermula Sabtu.

Rang undang undang (RUU) bagi perkara itu diluluskan dengan keputusan majoriti 47-12.

RUU tersebut diterbitkan secara rasmi pada Jumaat petang dan ditandatangani Presiden Dr. Alexander Van der Bellen sekali gus membawa makna ia berkuat kuasa keesokan harinya.

Sekurang-kurangnya 69 peratus populasi Austria sudah mendapatkan vaksin dan merupakan kadar paling rendah di barat Eropah.

Berikutan kelulusan itu, setiap isi rumah akan dimaklumkan mengenai perkara berkenaan menjelang 15 Mac diikuti pemantauan oleh pihak polis dan penduduk membuktikan mereka sudah divaksin.

Menurut undang-undang, sekiranya ada orang dewasa (18 tahun ke atas) yang ingkar dan enggan mendapatkan vaksin, saman 600 sehingga 3,600 euro boleh dikenakan.

Vaksinasi dikecualikan bagi yang mengandung atau sakit tertentu.

Related posts

Leave a Comment