11 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 5 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 32,011 orang, daripada 2.89 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 11 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 63,395 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 55,759 individu atau 88 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,092 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,426 kes dirawat di hospital dan 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana kes ICU membabitkan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 57 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment