86,029 lagi terima dos penggalak

PUTRAJAYA 5 Feb. – Sebanyak 86,029 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 12,248,506 individu atau 52.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini.

Pada masa yang sama sebanyak 97.9 peratus atau 22,928,468 daripada kumpulan dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1 peratus atau 23,207,237 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut data COVIDNOW, sebanyak 78.8 peratus atau 25,719,260 darpada populasi keseluruhan telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 79.9 peratus atau 26,075,815 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,790,792 atau 88.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,868,578 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu setakat semalam sebanyak 63,838,774 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) termasuk 90,406 dos yang diberikan semalam.

Related posts

Leave a Comment