63,743,710 dos vaksin Covid-19 didaftar

PUTRAJAYA 3 Feb. – Sebanyak 100,810 dos harian diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 63,743,710 dos didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu, 2,497 adalah dos pertama, 2,603 dos kedua dan 95,700 adalah dos penggalak.

Setakat semalam, sebanyak 37.2 peratus atau 12,157,974 daripada populasi dewasa telah mendapatkan dos penggalak.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.7 peratus atau 25,717,422 telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 manakala 79.8 peratus atau 26,073,108 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Setakat semalam juga, sebanyak 97.9 peratus atau 22,927,434 daripada populasi dewasa telah melengkapkan dua dos manakala 99.1 peratus atau 23,204,846 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 88.6 peratus atau 2,789,988 daripada remaja melengkapkan dos kedua  mereka manakala 91.1 peratus atau 2,868,262 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment