Lapan kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 4 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan lapan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 32,000 orang, daripada 2.88 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antaranya kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 61,426 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 53,805 individu atau 87.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,209 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,298 kes dirawat di hospital di mana 114 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 58 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 56 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment