11.3 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 27 Jan. – Sepanjang semalam, seramai 203,943 individu mendapatkan dos penggalak yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,327,531 individu atau 48.4 peratus populasi negara melengkapkan dos itu.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,704,857 populasi keseluruhan atau 78.7 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,063,871 mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 97.9 peratus atau 22,920,175 telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 99.1 peratus atau 23,197,884 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, 2,784,682 individu remaja atau 88.5 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 91.1 peratus atau 2,865,987 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 208,042 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 62.89 juta dos.

Related posts

Leave a Comment