165 kluster dipantau

SETAKAT ini terdapat 319 kluster dilaporkan dan hari ini empat lagi kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 165 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (245 kes), Kluster Penjara Sandakan (215 kes) dan Kluster Kapas BJ (55 kes).

Sebanyak enam kluster telah tamat iaitu Kluster Umboo, Kluster Bah Mutiara, Kluster Khazanah, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Bangat dan Kluster Bah Kasturi.

Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 154 kluster.

Empat kluster baharu dikenal pasti pada Khamis adalah Kluster Kapas BJ di daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan Kluster Prestij yang melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat pembersihan di daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dua lagi kluster ialah Kluster Bah Bercham melibatkan daerah Kinta di negeri Perak dan Kluster Kiambang melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Related posts

Leave a Comment