16 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,869 orang, daripada lebih 2.8 juta kes yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 42,843 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 35,554 individu atau 83. peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,278 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,862 kes dirawat di hospital dan 149 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 71 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment