88.3 peratus remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Jan. – Seramai 160,310 individu dewasa menerima dos penggalak vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos penggalak diberikan kepada populasi berkenaan sebanyak 10,399,699 atau 44.4 peratus.

Menurut data di laman COVIDNOW, seramai 22,914,736 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi manakala 23,192,052 individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sementara itu bagi populasi keseluruhan sebanyak 78.7 peratus atau 25,694,300 telah melengkapkan vaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,055,646 orang mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,779,564 individu atau 88.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,863,594 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 163,942 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,368 dos pertama dan 2,264 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,946,138 dos.

Related posts

Leave a Comment