Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 20 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam kekal pada 1.00 seperti pada hari sebelumnya. Tujuh negeri merekodkan kadar sama atau melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,13, Negeri Sembilan 1.06, Kedah 1.04, Johor 1.03, Melaka 1.02, Sabah 1.01 da Selangor 1.00. Sementara itu Pahang mencatatkan 0.98, Pulau Pinang 0.96, Perak 0.95, Kelantan 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.92 dan Terengganu 0.76. Sarawak merekodkan 14 kes, Perlis 11 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.mencatatkan enam kes.

Read More

97.9 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 21 Jan. – Sebanyak 97.9 peratus atau 22,913,483 individu daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 99.1 peratus atau 23,191,008 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sehingga malam tadi juga, 78.7 peratus atau 25,691,872 daripada populasi keseluruhan telah lengkap divaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,054,094 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja, sebanyak 88.3 peratus atau 2,778,389 telah mendapat dua dos suntikan manakala 91.0 peratus atau 2,863,086 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Jumlah penerima dos penggalak pula meningkat kepada 10,235,759 orang atau  42.7 peratus populasi negara berikutan 230,020 lagi individu…

Read More

22 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 22 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,853 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, lima kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antaranys meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses mengesahkan sama ada pesakit meninggal akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 41,617  kes aktif Covid-19 di seluruh negara di…

Read More