16 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 31,808 orang, daripada 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan mengambil masa bagi menentukan sama ada pesakit meninggal akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 40,619 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 33,585 individu atau 82.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,762 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,088 kes dirawat di hospital dan 184 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 87 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment