Tiga kematian pertama Omicron di Iran

TEHRAN 16 Jan. – Kementerian Kesihatan Iran melaporkan tiga kematian pertama akibat varian Omicron semalam (Sabtu) masing-masing di bandar Tabriz, Yazd dan Shahrekord, kata jurucakap kementerian, Mohammad Hashemi.

Seorang lagi pesakit yang juga disahkan dijangkiti varian Omicron di hospital bandar Ahvaz dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan media, jumlah pesakit dengan jangkitan Omicron di negara ini kini mencecah 1,162 orang selepas virus itu dikesan Iran pada pertengahan Disember tahun lalu..

Minggu lalu Iran melonggarkan semula sekatan melalui perjalanan darat dari negara jiran dan beberapa negara Eropah tetapi pada masa sama mengekalkan sekatan kemasukan dari Britain, Perancis dan lapan negara Afrika Selatan.

Iran setakat ini merekodkan 132,044 kematian dalam gelombang kelima penularan Covid-19 di negara itu sejak Februari 2020. Jumlah kematian bagaimanapun menunjukkan penurunan ketara sejak beberapa bulan lepas.

Related posts

Leave a Comment