MUAR – Barisan Nasional (BN) mencabar hasrat Nga Kor Ming meletak jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Datuk Seri Najib Razak dibebaskan. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cabaran dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP terbabit selari dengan hasrat BN mahu beliau meletak jawatan. “Alhamdulillah. Letaklah jawatan dan memang pun kita nak dia letak jawatan. Apa kena-mengena perihal negeri Johor dengan Datuk Seri Najib? Itu Kerajaan Persekutuan. “Ini kerajaan negeri. Kalau BN menang di Johor, kita buat tubuh…
Read MoreDay: June 30, 2026
4 dibuang, dua digantung MRSM
SEPANG 30 Jun – Empat pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor disingkirkan manakala dua lagi digantung sehingga polis selesai menjalankan siasatan kes buli, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab MRSM bersidang pagi tadi. “Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli. Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo. Dua daripadanya digantung sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak…
Read MoreTubuh RCI siasat skandal ‘mafia korporat’
SEPANG 30 Jun – Sebanyak 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’. Siasatan juga termasuk sama ada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, mempunyai sebarang pembabitan mengenainya. Dalam memorandumnya, sekretariat RCINOW mencadangkan RCI itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, bersama beberapa bekas anggota badan kehakiman yang disegani dan wakil ahli akademik serta masyarakat sivil. Sekretariat itu berkata, komposisi berkenaan penting bagi memastikan wujud pemisahan jelas antara suruhanjaya dan pihak disiasat,…
Read More5 Aku Janji Khidmat ganti manifesto Bersama
JOHOR BAHRU 30 Jun – Tiada manifesto sebaliknya Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding di 15 kawasan menawarkan lima Aku Janji Khidmat kepada pengundi dalam kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor ini. Menerusi Aku Janji Khidmat itu, Bersama memberi komitmen memainkan peranan sebagai pembangkang berkesan, khususnya dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, berkata pendekatan itu dipilih kerana parti hanya bertanding 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus tidak berada pada kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri. Beliau berkata, lima…
Read MoreBerita pilihan…
Ebola di Congo terus meningkat
DAKAR – Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada 1,307 kes, termasuk 377 kematian, berbanding sehari sebelum itu 1,274 kes yang disahkan dengan 360 kematian. Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan bahawa jangkitan telah direkodkan di tiga wilayah di timur negara itu, iaitu Ituri, North Kivu dan South Kivu, yang menjadi tumpuan utama usaha membendung penularan wabak berkenaan. Peningkatan terbaru itu menunjukkan jumlah kes dan kematian terus bertambah dengan pantas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menyatakan bahawa wabak Ebola yang dikesan di DRC pada Mei lalu…
Read MoreIran dakwa aset beku bakal dilepas
TEHRAN – Separuh daripada aset Iran yang dibekukan di Qatar berjumlah AS$12 bilion akan dipulangkan ke Tehran dan susulan sewajarnya sedang dijalankan bagi memastikan baki sumber tersebut turut dikembalikan. Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dilaporkan membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan bersama ulama kanan Iran di bandar Qom. Bagaimanapun, pegawai Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, setakat ini tiada aset Iran yang dilepaskan tetapi menjelaskan aset itu kelak akan digunakan untuk membeli produk pertanian dari AS bagi membantu keperluan makanan rakyat Iran. Menurutnya, sebarang pelepasan dana bagi tujuan kemanusiaan adalah tertakluk kepada tahap…
Read More