18 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 11 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,696 orang, daripada 2.78 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,742 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 32,517 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,583 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,389 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes icu membabitkan 147 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 106 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment