16 lagi kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,644 orang, daripada 2.77 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada 16 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,697 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 32,538 individu atau 81.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,546 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,369 dirawat di hospital dan 254 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 114 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment