Dos keempat Chile 10 Januari

CHILE menjadi negara pertama di dunia menawarkan suntikan vaksin Covid-19 dos keempat yang akan bermula pada minggu depan, Isnin 10 Januari, kata Presiden Sebastian Pinera.

“Kami akan mulakan pemberian vaksin besar-besaran bagi suntikan keempat dan dos penggalak,” katanya di Santiago pada Khamis.

Beliau berkata, pengalaman menunjukkan keberkesanan vaksin adalah berkurangan dengan kemunculan varian baharu.

Chile antara negara yang mencatat kadar vaksinasi tinggi dan disifatkan boleh menjadi model contoh kerana bertindak balas cepat terhadap pandemik.

Setakat ini, 85 peratus populasinya sudah lengkap dua dos manakala 57 peratus sudah menerima dos penggalak.

Bagi suntikan dos keempat, kerajaan akan menggunakan jenis vaksin yang diluluskan untuk negara itu, termasuk Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

Menteri Kesihatan Chile memaklumkan gabungan berlainan vaksin sepatutnya memberi tindak balas imun yang lebih baik.

Sebelum ini Israel turut meluluskan dos vaksin Covid-19 keempat untuk penduduk yang berumur lebih 60 tahun dan petugas perubatan

Dos keempat vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer itu, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kakitangan perubatan yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lalu.

Related posts

Leave a Comment