Indonesia sasar kutip AS200 juta

JAKARTA – Kementerian Luar Indonesia dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyasarkan kutipan AS$200 juta untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

Timbalan Menteri Luar Anis Matta menyatakan keyakinan untuk mencapai sasaran pengumpulan dana berkenaan sambil memaklumkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setakat ini telah berjaya mengumpul jumlah itu.

Kementerian itu tidak menetapkan tempoh bagi pengumpulan dana, namun kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

“Kami memulakannya pada Ramadan untuk dua program. Terdapat program kecemasan sekarang ketika tempoh gencatan senjata dan juga kemudian untuk program pembinaan semula Gaza selepas itu,” kata Matta.

Beliau menjelaskan bahawa kempen itu, yang turut membabitkan puluhan institusi zakat dan kemanusiaan adalah hasil dialog sejak tiga bulan lepas bagi memulakan gerakan solidariti yang diselaraskan dalam mengagihkan bantuan ke Palestin dengan tiga matlamat utama.

Matlamat pertama ialah program strategik, diikuti program yang memberi impak, iaitu membawa manfaat kepada rakyat Palestin, manakala yang ketiga bersifat simbolik dengan mewakili kehadiran kami sebagai negara Islam terbesar di dunia.

Nnn

Related posts

Leave a Comment