26 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 2 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 26 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,513 orang meninggal dunia, daripada 2.75 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga daripada 25 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,034 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana

33,896 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 3,357 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,508 kes dirawat di hospital dan 273 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 114 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 159 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment