25 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,315 orang, daripada 2.73 juta kes positif di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 25 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 45,591 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 38,097 individu atau 83.46 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,657 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,513 kes dirawat di hospital dan 324 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 149 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 175 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment