Kes harian Saudi lebihi 200

RIYADH 24 Dis. – Buat hari ketiga berturut-turut, Arab Saudi merekodkan kes harian melebihi 200 apabila mencatatkan 287 kes berbanding semalam 252 dan hari sebelumnya 222. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 551,749 manakala jumlah kematian meningkat kepada 8,868 kes termasuk satu kematian baharu hari ini. Sebanyak 113 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 540,506 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 35 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

2,940 kes baharu Thailand

BANGKOK 23 Dis. – Thailand merekodkan 2,940 kes baharu Covid-19 hari ini dengan  30 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,202,001 kes dan 21,501 kematian. Daripada jumlah itu, terdapat 2,883 kes dalam kalangan orang awam termasuk 57 kes import serta 53 banduan. Bangkok merekodkan 432 kes baharu diikuti Nakhon Si Thammarat 227, Chon Buri 182, Samut Prakann 171, Bung Kan 95, Songkhla 86, Si Sa Ket 79, Chiang Mai 68, Pattani 65 dan Surat Thani 64 Semalam, Rabu, sebanyak 38,314 pesakit mendapatkan rawatan di hospital termasuk 854…

Read More

AS lulus pil anti Covid-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), meluluskan penggunaan pil anti Covid-19 keluaran Pfizer bagi golongan berisiko tinggi dan berusia 12 tahun ke atas, susulan lonjakan kes jangkitan varian Omicron. Pil Paxlovid diluluskan penggunaan semasa kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) selepas ujian klinikal menunjukkan ia berupaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan individu berisiko sebanyak 88 peratus. “Tindakan hari ini adalah bukti di sebalik kekuasaan sains dan hasil inovasi serta kemampuan sebenar Amerika,” kata Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan pada Rabu sambil berjanji membantu meningkatkan pengeluaran Pfizer…

Read More

288 kes baharu di Filipina

MANILA 23 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 288 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,837,903 Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 270 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,777,671 orang. Jumlah kematian turut meningkat apabila 65 lagi individu meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 50,981 kematian. Kes aktif pula menunjukkan sedikit penurunan iaitu 9,251 berbanding 9,238 yang direkodkan semalam.

Read More

PNB umum dividen, bonus ASB

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Pengerusi Kumpulan PNB, Arifin Zakaria berkata, pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit. membabitkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion kepada 10.4 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 181.2 bilion unit. “Kami bersyukur usaha berterusan dalam strategi kepelbagaian dan pengukuhan portfolio kami telah membuahkan hasil positif.…

Read More

3,510 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Dis. – Sebanyak 3,510 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, pertambahan angka jangkitan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 2,731,713 kes. Angka terkini itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,519 semalam

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 23 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.91 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya . Tujuh negeri merekodkan kadar lebih tinggi tetapi tidak melepasi 1.00 iaitu didahului Terengganu 0.99, Johor 0.98, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.95, Perak 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.93, Pulau Pinang 0.93, dan Melaka 0.92. Ini diikuti Pahang dan Selangor yang masing-masing merekodkan 0.91 Tujuh negeri lagi merekodkan di bawah 0.91 iaitu Negeri Sembilan 0.90, Wilayah Persekutuan Labuan 0.89, Kelantan 0.88, Perlis 0.87, Kedah 0.87, Sabah 0.83 dan…

Read More

104 kes Omicron di Thailand

BANGKOK 23 Dis. – Sebanyak 104 kes Omicron dikesan di Thailand ketika negara itu mengenakan semula kuarantin wajib antara tujuh hingga 10 hari kepada pelancong di bawah “Phuket Sandbox”, dalam usaha mengekang penularan varian itu. Timbalan jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Sumanee Wacharasin berkata pesakit positif varian Omicron kini menerima rawatan di hospital. “Sebahagian daripada mereka telah pulih daripada jangkitan itu,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini semalam . Isnin lalu Thailand melaporkan penularan tempatan pertama kes Omicron melibatkan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang dijangkiti…

Read More