Kes harian Saudi lebihi 200

RIYADH 24 Dis. – Buat hari ketiga berturut-turut, Arab Saudi merekodkan kes harian melebihi 200 apabila mencatatkan 287 kes berbanding semalam 252 dan hari sebelumnya 222.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 551,749 manakala jumlah kematian meningkat kepada 8,868 kes termasuk satu kematian baharu hari ini.

Sebanyak 113 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 540,506 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 35 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment