288 kes baharu di Filipina

MANILA 23 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 288 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,837,903

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 270 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,777,671 orang.

Jumlah kematian turut meningkat apabila 65 lagi individu meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 50,981 kematian.

Kes aktif pula menunjukkan sedikit penurunan iaitu 9,251 berbanding 9,238 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment